Home » Soalan Lazim

Soalan Lazim

FAQ Umum
01 Apa itu Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC)?
CRC adalah salah sebuah pusat penyelidikan klinikal di bawah Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
02 Apa itu Rangkaian CRC?
Rangkaian CRC terdiri daripada 33 hospital CRC dan 1 Unit Percubaan Klinkal Fasa I yang terletak di Hospital Ampang. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.
03 Apakah dan kepada siapa perkhidmatan-perkhidmatan penyelidikan CRC ditawarkan?
CRC menawarkan beberapa perkhidmatan berikut:
i. Kumpulan professional perubatan dan pembentuk polisi Kementerian Kesihatan Malaysia. Pekhidmatan ini termasuk:

  • Konsultansi pembangunan proposal dan protocol, analisis data dan penulisan saintifik.
  • Bantuan permohonan geran penyelidikan NIH/KKM.
  • Menyediakan sumber-sumber dan informasi yang berkenaan penyelidikan.
  • Kesemua perkhidmatan ini adalah percuma. Untuk maklumat lanjut sila hubungi contact@crc.gov.my.

ii. Pihak lain-lain yang berkepentingan

04 Bolehkah CRC memberi geran penyelidikan?
CRC tidak boleh memberi geran penyelidikan. Pegawai KKM boleh memohon geran penyelidiakn daripada NIH/KKM. untuk maklumat lanjut sila klik di www.nih.gov.my.
05 Apakah senarai projek-projek penyelidikan di KKM atau CRC?
Penyelidikan-penyelidikan yang telah diluluskan terdapat di dalam direktori penyelidikan di laman web NMRR.Untuk maklumat lanjut klik di sini.
06 Bolehkah saya mengakses laporan penyelidikan yang dijalankan di CRC?
Anda boleh mengakses semua laporan di sini.
07 Apakah prosedur untuk menjalankan penyelidikan di fasiliti KKM?
Pertama, daftar protokol penyelidikan anda di National Medical Research Register , sila klik di sini. Jika ia melibatkan isu-isu etika, protokol ini akan disemak oleh Jawatankuasa Etika dan Penyelidikan Perubatan (MREC). Lihat laman web NMRR di sini.
08 Saya bercadang untuk melakukan latihan praktikal di CRC. Bagaimana saya boleh melakukannya?
Sila mohon secara rasmi kepada Pengarah Pusat Penyelidikan Klinikal , Aras 3, Blok Dermatologi, Hospital Kuala Lumpur , Jalan Pahang, 50586, Kuala Lumpur.
09 Bagaimana caranya untuk saya memohon bekerja di CRC?
CRC adalah institusi kerajaan dan pegawainya dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kami juga mengiklankan jawatan pembantu penyelidik secara sambilan di Pusat Media dan ruangan Peluang Kerjaya.

Kajian Klinikal Am

Panduan Pesakit Dalam Kajian Klinikal  
Klik di sini…

Klik di sini…