Home » Mengenai Kami (CRC Terengganu)

Mengenai Kami (CRC Terengganu)

Pusat Penyelidikan Klinikal Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu (CRC HSNZ) telah ditubuhkan pada tahun 2006 bertujuan untuk menggalakkan aktiviti penyelidikan di peringkat hospital dan peringkat CRC Kebangsaan. Ini adalah selari dengan objektif Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meningkatkan projek-projek penyelidikan yang berkualiti. Jawatankuasa Penyelidikan Hospital Sultanah Nur Zahariah telah ditubuhkan pada Julai 2006 dan unit CRC di HSNZ telah mula beroperasi pada Disember 2006. CRC HSNZ memberi sokongan kepada semua projek penyelidikan klinikal yang dijalankan di Terengganu. Fungsi utama CRC adalah untuk mewujudkan suasana yang sesuai supaya projek penyelidikan yang berkualiti dan beretika dapat dijalankan seterusnya meningkatkan taraf kesihatan dan penjagaan pesakit di Terengganu.

Visi:

Untuk menjadi organisasi penyelidikan klinikal yang utama

Misi:

Kami komited kepada :

  1. Pengawasan semua aktiviti penyelidikan dan latihan di Hospital Hospital Sultanah Nur Zahirah dan Terengganu
  2. Menyelaras pendaftaran aktiviti penyelidikan di hospital secara atas talian bagi Pendaftaran Penyelidikan Perubatan Kebangsaan (NMRR)
  3. Memberi sokongan kepada kakitangan yang mahu menjalankan penyelidikan klinikal
  4. Menjalankan penyelidikan klinikal secara etika dan kualiti bertujuan untuk meningkatkan kesihatan pesakit
  5. Mengendalikan latihan berterusan untuk kakitangan yang berminat dalam penyelidikan

Objektif:

  1. Mengelola semua aktiviti Penyelidikan dan Latihan di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan Terengganu
  2. Mengkaji cadangan penyelidikan yang akan dijalankan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), sama ada oleh kakitangan hospital sendiri atau penyelidik dari institusi lain atau memberi nasihat untuk penyelidikan yang memerlukan Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan KKM (MREC), semakan dan kelulusan
  3. Menyelaras ujian klinikal dan memastikan penyelidik mempunyai kelulusan etika perlu dan pematuhan kepada Amalan Baik Klinikal (GCP) dan piawaian yang berkaitan yang dikehendaki oleh Suruhanjaya Bersama Antarabangsa
  4. Untuk membantu kakitangan hospital dalam menjalankan penyelidikan
  5. Untuk bekerjasama dengan CRC Kebangsaan dan Rangkaian CRC, KKM
  6. Untuk menjalankan latihan berhubung dengan penyelidikan