Home » Epidemiologi Klinikal di CRC

Epidemiologi Klinikal di CRC

Kami

Menjalankan penyelidikan tentang sifat, pencegahan, rawatan dan prognosis keadaan kesihatan dan penyakit.
Mencetus idea, merekabentuk, menyelaras dan menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan penambahbaikan prkhidmatan-perkhidmatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Merapatkan jurang di antara penyelidikan dan amalan klinikal dengan harapan ia dapat mempengaruhi penambahbaikan penjagaan dan pengubalan polisi kesihatan.
Menyokong penggunaan metodologi yang tepat dan beretika dalam semua aspek penyelidikan melalui perkhidmatan perundingan dan latihan.
Menyediakan perkhidmatan sokongan secara statistikal kepada para penyelidik CRC dan rakan usahasamanya.

Pada masa ini fokus bidang-bidang kajian kami adalah:

Penyakit Tidak Berjangkit(NCDs).
Penyakit berjangkit.

Perkhidmatan

• Klinik Perundingan Penyelidikan

  1. “Research Consultation Clinic (RCC)” adalah sesi perundingan percuma yang dikendalikan oleh epidemiologist, perangkawan dan pegawai penyelidik yang berpengalaman dari Pusat Penyelidikan Klinikal untuk membantu para penyelidik di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menjalankan kajian klinikal. Antara khidmat rundingan yang dikendalikan dalam RCC adalah seperti berikut:
    1.1 Permohonan geran penyelidikan 1.6 Pelan analisa statistik
    1.2 Menyediakan kertas cadangan 1.7 Pengurusan data
    1.3 Merangka protokol penyelidikan 1.8 Analisis
    1.4 Pengiraan sampel kajian 1.9 Persembahan dan pentafsiran output
    1.5 Merangka penyelidikan 1.10 Penulisan Statistik

  2. Perkhidmatan RCC disediakan di beberapa tempat seperti :
    2.1 Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Kuala Lumpur. Unit Epidemiologi Klinikal, Tingkat 1, Bangunan MMA, 124 Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur.
    2.2 Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Selayang (untuk kakitangan hospital sahaja).
    2.3 Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang (untuk kakitangan hospital sahaja).
    2.4 Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban (untuk kakitangan hospital sahaja).

    Untuk memohon perkhidmatan ini di CRC HKL, sila hubungi Unit Biostatistik di talian 03-40443060/3070 atau emailkan ke alamat rcc@crc.gov.my atau biostats@crc.gov.my .Untuk permohonan RCC di CRC Hospital, sila berhubung dengan pegawai di CRC Hospital.

    Permohonan perkhidmatan ini akan melalui beberapa proses:
    Sekiranya permohonan dibuat melalui telefon, pegawai kami akan merekod butiran peribadi pelanggan dan memaklumkan tarikh dan masa temujanji. Sekiranya permohonan dibuat melalui email, maklumat seperti nama penuh, jawatan, organisasi, tajuk penyelidikan dan jenis rundingan diperlukan, dan pihak kami akan memaklumkan tarikh dan masa temujanji kepada pelanggan dalam masa satu minggu.

  3. Pelanggan perlu menyediakan beberapa dokumen sebelum menghadiri sesi perundingan:
    3.1 Kertas cadangan yang mengandungi pengenalan, objektif dan kaedah kajian.
    3.2 Masalah atau isu yang berkaitan dengan kajian yang memerlukan rundingan.
    3.3 Rujukan yang berkaitan.
    3.4 Manuskrip, jika berkaitan.

    Selain itu, kami menggalakkan pelanggan untuk membawa laptop sendiri supaya pihak kami dapat memberikan sesi “hands-on” pada waktu tersebut.

Carta Organisasi(CEU)


Sumber Penerbitan – Artikel Jurnal
Klik di sini… Artikel penerbitan antarabangsa terkini

Alamat:
Unit Epidemiologi Klinikal
Pusat Penyelidikan Klinikal
Tingkat 1, Bangunan MMA
Jalan Pahang
Malaysia
Tel: 603-4044 3060/3070
Faks: 603-40443080
Emel: contact@crc.gov.my
Peta Lokasi