Home » Visi, Misi & Fungsi CRC

Visi, Misi & Fungsi CRC

CRC merupakan salah satu daripada enam institut penyelidikan di bawah Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) yang telah beroperasi sejak Ogos 2000. CRC berfungsi sebagai cabang penyelidikan klinikal KKM. Ia mempunyai 33 cawangan CRC yang terletak di hospital utama KKM dan Institut Kanser Negara . Ibu pejabatnya terletak di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Visi
Untuk menjadi organisasi penyelidikan klinikal terunggul di Asia

Misi
Untuk meningkatkan kesihatan pesakit melalui penyelidikan klinikal yang beretika dan berkualiti

Slogan
Research that Matters to Patients

FUNGSI CRC KEBANGSAAN

  • Meneraju kepimpinan dalam pembangunan dan pengukuhan kapasiti penyelidikan klinikal di Kementerian Kesihatan;
  • Menyokong penubuhan pusat penyelidikan klinikal di hospital-hospital dan menyediakan sokongan teknikal kepada rangkaian CRC hospital;
  • Menggalakkan dan menyokong pengendalian Penyelidikan Inisisatif Penyelidik (IIR) di kalangan kakitangan Kementerian Kesihatan.;
  • Menyelaras pengendalian Penyelidikan Tajaan Industri (ISR) di fasiliti-fasiliti KKM;
  • Mewujudkan dan mengekalkan pangkalan data klinikal bagi Kementerian Kesihatan
  • Mewujudkan kerjasama dengan organisasi penyelidikan tempatan, serantau dan antarabangsa dalam usaha mencapai kecemerlangan penyelidikan klinikal negara.

FUNGSI CRC HOSPITAL (HCRC)

  • Menyokong dan memudah cara aktiviti-aktiviti penyelidikan di hospital dengan menyediakan a) Pangkalan data bagi para pakar perubatan yang berminat dengan penyelidikan, – menurut bidang yang di minati, rekod-rekod mengenai Penyelidikan Tajaan Industri (ISR), Penyelidikan Inisiatif Penyelidik (IIR) dan hasil-hasil penerbitan; b) Sokongan teknikal seperti analisis statistik; c) Sokongan pentadbiran seperti menyediakan pembantu penyelidik dan penyelaras penyelidikan; d) Sokongan fasiliti seperti IT, pengisian statistik dan sepertinya; dan terminal bekerja berkomputer;
  • Untuk membantu pendaftaran protokol penyelidikan di NMRR (National Medical Research Register) dan memohon geran untuk penyelidikan
  • Untuk mengambil bahagian dalam penyelidikan-penyelidikan klinikal dan segala penyelidikan yang dimulakan atau yang dikoordinasi oleh CRC Kebangsaan.
  • Mempromosi penyelidikan dengan membina kapasiti-kapasiti tersebut:
    i. Mengadakan kursus-kursus seperti Good Clinical Practice (GCP), Good Research Practice (GRP), research methodology and biostatistics;
    ii. Mengadakan Continuous Professional Development (CPD) secara berterusan;
    iii. Menjalankan klinik penyelidikan- mengadakan konsultansi mengenai metodologi penyelidikan, rekabentuk penyelidikan, protocol dan analisa statistic;
    iv. Mengadakan program mentor kepada para pakar perubatan dan pengamal perubatan yang berminat dengan penyelidikan.