Home » UNIT PENYELIDIKAN

UNIT PENYELIDIKAN

Idea bagi penubuhan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) tercetus pada tahun 1997 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2000. CRC beribu pejabat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan berfungsi sebagai cabang penyelidikan klinikal bagi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). CRC merupakan salah satu daripada organisasi penyelidikan di bawah naungan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH). Organisasi penyelidikan lain di bawah NIH adalah Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Institut Kesihatan Umum (IKU), Institut Pengurusan Kesihatan (IPK), Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan (IPTK) dan Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan (IHSR).

CRC adalah organisasi yang berperanan mempromosi, menyokong dan menjalankan penyelidikan klinikal. CRC juga bertindak sebagai pusat sehenti bagi penyelidikan klinikal dengan menyumbang perkhidmatan yang berintegrasi kepada para penyelidik di institusi awam dan juga industry swasta.Sokongan perkhidmatan teknologi maklumat kami yang terkini, membolehkan CRC dikenali sebagai pemegang rekod institusi yang berjaya melengkapkan kesemua penyelidikan klinikalnya tepat pada masa, dalam lingkungan bajet yang di tetapkan, mengikut piawai etika yang tertinggi dan, di mana perlu, berlandaskan keperluan GCP dan panduan undang-undang yang digunapakai.

Unit Epidemiologi Klinikal (CEU) telah diwujudkan atas permintaan yang semakin meningkat terhadap data-data insiden penyakit, kelaziman dan kadar rawatan, kesan rawatan terhadap pesakit, termasuk kesan jangka panjang, kualiti kehidupan dan kematian. CEU bertindak sebagai unit yang bekerjasama dengan para penyelidik klinikal dalam menyediakan kapasiti secara fungsi untuk penyelidikan epidemiologi klinikal dan mendapatkan maklumat untuk Kementerian Kesihatan berkaitan epidemiologi klinikal dan informasi statistikc mengenai beberapa penyakit utama di Malaysia.

CRC juga menyediakan kursus-kursus professional untuk memberi latihan kepada klien, penyelidik klinikal dan para pengamal perubatan yang berminat dalam penyelidikan klinikal. CRC juga kerap mengadakan “Research Consultative Clinic” untuk para penyelidikclinicians di KKM bagi membantu mereka dalam masalah-masalah yang dihadapi sewaktu menjalankan penyelidikan klinikal.

Ada 3 unit penyelidikan di CRC:

  1. Clinical Trial Unit
  2. Clinical Epidemiology
  3. National Healthcare Statistics Initiative