Home » Projek

Projek

National Healthcare Establishments & Workforce Survey (NHEWS)

Kaji selidik NHEWS adalah satu kajian berkenaan pengagihan fasiliti kesihatan, perkhidmatan sumber manusia dan teknologi penjagaan kesihatan di kedua-dua hospital-hospital dan pusat-pusat kesihatan Malaysia. Maklumat ini adalah penting untuk membuat polisi berasaskan bukti dan mengekalkan kelancaran sistem penjagaan kesihatan kebangsaan.

Kajian National Healthcare Establishments & Workforce Survey (NHEWS) bertujuan untuk:

1. Untuk mengumpul data yang tepat dan sahih di persekitaran penjagaan kesihatan.
2. Untuk menganalisis pengagihan hospital, fasiliti dan tenaga kerja yang berkaitan aktiviti perkhidmatan kesihatan.
3. Untuk menyediakan data yang tepat dan sesuai kepada pelbagai pihak berkepentingan termasuk badan-badan kerajaan, sektor swasta, pengguna dan penyelidik.
4. Untuk mengetahui keadaan semasa dan trend penyedia penjagaan kesihatan di pelbagai peringkat sistem penjagaan kesihatan termasuk peringkat nasional, serantau, tempatan atau institusi.

National Medicines Use Survey (NMUS)

Kajian NMUS dijalankan bagi mengumpul data mengenai bekalan, perolehan, preskripsi, pengagihan dan penggunaan ubat-ubatan di Malaysia. Maklumat ini adalah penting bagi mana-mana perbincangan untuk meningkatkan kualiti pengunaan ubat-ubatan di Malaysia. Dalam masa yang sama, kajian ini menyokong pelaksanaan polisi Perubatan Kebangsaan.

Kajian National Medicines Use Survey (NMUS) bertujuan untuk:

1. Untuk mengumpul maklumat yang berkualiti, boleh dipercayai dan tepat mengenai penggunaan ubat-ubatan.
2. Untuk mengukur keadaan semasa dan trend penggunaan ubat-ubatan di pelbagai peringkat sistem penjagaan kesihatan termasuk peringkat nasional, serantau, tempatan atau institusi.

National Medical Device Survey (NMDS)

Kajian NMDS dijalankan bagi mengumpul data mengenai bekalan, perolehan, inventori dan penggunaan alat-alat perubatan di Malaysia. Peningkatan penggunaan dan kebergantungan kepada peralatan dalam mendiagnosis dan menguruskan pesakit mewujudkan keperluan kepada menyemak ketersediaan dan pengagihan alatan perubatan di negara kita.

Kajian National Medical Device Survey (NMDS) bertujuan untuk:

1. Untuk menentukan sama ada peralatan perubatan yang ada memenuhi keperluan semasa.
2. Untuk menilai keadaan semasa dan trend pemilihan peralatan perubatan di dalam negara.

National Medical Care Survey (NMCS)

Kajian NMCS adalah kajian berkenaan corak morbiditi dan proses penjagaan di pusat penjagaan kesihatan primer dan kajian ini adalah penting bagi perancangan dan pembangunan sektor penjagaan primer kepada para pengamal kesihatan dan juga penting untuk kesejahteraan negara memandangkan terdapat peningkatan penyakit tidak berjangkit.

Kajian National Medical Care Survey (NMCS) bertujuan untuk:

1. Untuk mengumpul data yang tepat dan betul bagi penjagaan kesihatan primer.
2. Untuk mengkaji ciri-ciri pesakit dan corak morbiditi serta hubungan faktor-faktor ini dengan aktiviti perkhidmatan kesihatan.
3. Untuk menyediakan data yang tepat dan betul kepada pelbagai pihak berkepentingan termasuk badan-badan kerajaan, pengamal penjagaan kesihatan primer, pengguna, penyelidik dan industri farmaseutikal.
4. Untuk mewujudkan sebuah pangkalan data yang berterusan kepada doktor/pesakit.