CRC berjanji, komited dan sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada setiap pelanggan dengan :
- Membantu pelanggan dalam penyelidikan klinikal.
- Menerbit dan membentangkan hasil penyelidikan dalam tempoh masa setahun selepas tamat penyelidikan.
- Menyelaraskan Industry Sponsored Research (ISR) di fasiliti Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
- Memastikan keperluan 7 hari latihan untuk semua kakitangan di Pusat Penyelidikan Klinikal dipenuhi setiap tahun.
Pencapaian Piagam Pelanggan
No | Piagam Pelanggan | Pencapaian Tahun 2015 |
1 | Membantu pelanggan dalam penyelidikan klinikal | 397 |
2 | Menerbit dan membentangkan hasil penyelidikan dalam tempoh masa setahun selepas tamat penyelidikan | Penerbitan : 146 Pembentangan Dalam Negara : 351 Pembentangan Luar Negara : 76 |
3 | Menyelaraskan Industry Sponsored Research (ISR) di fasiliti Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) | Capai : 201 |
4 | Memastikan keperluan 7 hari latihan untuk semua kakitangan CRC dipenuhi setiap tahun | 100% |