Home » PERKHIDMATAN PERCUBAAN KLINIKAL OLEH CTU

PERKHIDMATAN PERCUBAAN KLINIKAL OLEH CTU

Kami menawarkan perkhidmatan percubaan klinikal bagi menyokong Fasa II dan III seperti membantu mendapatkan kelulusan yang berkenaan untuk farmaseutikal dan peralatan perubatan baru.

Kami juga menyokong percubaan klinikal Fasa IV untuk meneroka petunjuk baru, menyediakan pengalaman klinikal baru, menilai keberkesanan rawatan di dalam suasana klinikal harian dan farmakovigilan selepas pemasaran.

Teras perkhidmatan percubaan klinikal kami termasuk:

Geran Penyelidikan

CRC diberi peruntukan geran penyelidikan tahunan oleh Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) bagi program IIT.

Pematuhan

Bantuan praktikal dan subsidi untuk mematuhi GCP, garis panduan penyelidikan NIH dan peraturan-peraturan berkaitan:

  • Pendaftaran percubaan klinikal
  • Pendaftaran kelulusan etika dan badan-badan yang berkenaan.
  • Insuran Percubaan Klinikal
  • Professional Indemnity
  • Pengurusan kontrak (bagi IIT tajaan oleh pihak ketiga)

Perkhidmatan Percubaan Klinikal

Julat perkhidmatan percubaan klinikal yang disediakan:

  • Rekabentuk Percubaan klinikal dan Pembangunan Protokol
  • Pembangunan PIS/ICF
  • Permulaan, pemantauan dan penutupan projek
  • IVRS central randomization
  • Pengurusan Data Data
  • Farmakovigilan
  • Biostatistik

Penulisan Saintifik

CRC menyediakan bantuan dalam penulisan manuskrip yang akan dihantar kepada jurnal-jurnal antarabangsa. Pada dasarnya CRC menerbitkan lebih banyak penerbitan percubaan klinikal berbanding mana-mana institusi penyelidikan lain di Malaysia.

Pendidikan dan Latihan

Amalan Baik Latihan Klinikal (GCP) dan Persijilannya.
Mengendalikan kursus-kursus terutamanya kursus latihan penyelidikan bagi percubaan klinikal:

  • Pembangunan Protokol dan Rekabentuk Percubaan Klinikal
  • Etika Penyelidikan Klinikal
  • Pengurusan Projek Klinikal
  • Pengurusan Percubaan Klinikal
  • Penulisan Saintifik Perubatan

Investigator Initiated Clinical Trial Brochure