Home » Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami

CRC memiliki kemudahan dan peralatan yang canggih, teknologi yang terkini dan yang paling penting mempunyai sumber manusia yang terlatih termasuk pengurus projek, ahli epidemiologi, perangkawan, IT professional dan lain-lain kakitangan teknikal yang mahir bagi menyokong operasi pangkalan data klinikal dan registri.

Kakitangan yang terlatih ini disatukan dalam pelbagai pasukan kerja di CRC seperti pasukan Epidemiologi Klinikal, pasukan Statistik Penjagaan Kesihatan, pasukan Biostatistik, pasukan Bibliografi dan pasukan ICT.
Peranan CRC adalah untuk menyediakan:

  1. Pembiayaan melalui Special Registry Grant di bawah pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Kementerian Kesihatan Malaysia.
  2. Sumber teknikal untuk regsitri; khususnya kepakaran yang diperlukan dalam registri sains (epidemiologi klinikal,ekonomi klinikal, biostatistik, informatik perubatan dll).Klik di sini bagi perkhidmatan dari CRC untuk pangkalan data klinikal dan registri
  3. Pemantauan yang berterusan untuk memastikan bahawa semua registri menghasilkan keputusan yang dijanjikan dan beroperasi dengan mematuhi garis panduan etika dan amalan terbaik (ketelusan operasi, keselamatan maklumat, akses kepada data untuk penyelidikan dll).

Dalam kata lain, kita membantu professional perubatan untuk menubuhkan registri pesakit di dalam terapeutik mereka. Tetapi kita tidak sampai menjalankan operasi registri. Setiap kumpulan klinikal mesti komited untuk menjadi pemilik dan mengendalikan registri mereka. CRC tidak akan mengendalikan ini untuk anda dan sudah tentu tidak mempunyai apa-apa hak ke atas data milik anda.
KAMI ADA BAGI MENYOKONG ANDA

Slaid Power Point