1. PENDIDIKAN/KURSUS
Obejktif : Untuk menaiktaraf & meningkatkan pengetahuan perubatan & kesihatan, amalan dan teknologi melalui penyelidikan
No | Kursus | Tarikh | Peserta/Kehadiran | Fasilitator |
3 | Northern Zone Sarawak Health Research Day |
28/8/2012 (2-5pm) 29/8/2012 (8am-5pm) |
108 staf 112 staf |
Dr Jack Wong Dr Doris Evelyn Jong |
Northern Zone Sarawak Health Research Day
Northern Zone Sarawak Health Research Day was yang pertama telah diadakan pada 28hb Ogos (2pm – 5:30pm) dan 29hb Ogos 2012 (8am – 5pm) di Bilik Seminar, Rumah Jururawat.
Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Miri menerima 25 penyertaan untuk acara ini. Mereka termasuklah 6 penyertaan dari Hospital Bintulu, 1 dari Hospital Lawas dan 18 dari Hospital Miri.
Dengan itu, 9 penyertaan telah dipilih untuk pembentangan lisan dan yang selebihnya 16 penyertaan untuk pembentangan poster. Hadiah wang tunai telah disediakan kepada para pemenang.
Pusat Penyelidikan Klinikal amat berbesar hati dengan kehadiran Dr Chin Zin Hing (TPKN, Perubatan) untuk menyerikan majlis dan menjadi juri bersama Datu Dr Andrew Kiyu, Dr Sharmini Selvarajah dan Dr Toh Teck Hock.
Semasa program yang diadakan selama satu hari setengah, terdapat 3 sesi CME yang disampaikan oleh tetamu luar. Sesi CME adalah “Evidence Based Medicine” oleh Datu Dr Andrew Kiyu, “Promoting Research” oleh Dr Sharmini Selvarajah dan Sesi Dialog bersama Pusat Penyelidikan Klinikal Malaysia oleh Ms Loh Choon Shane.
Kehadiran untuk program ini sangat menggalakan. Kehadiran termasuklan pegawai perubatan/pakar dan kakitangan kesihatan bersekutu dari kedua-dua jabatan hospital dan jabatan pergigian. Terdapat 112 kehadiran dan 108 kehadiranbagi program 1½ hari.