Home » Penyelidikan (QA)

Penyelidikan (QA)

A) PENYELIDIKAN YANG TELAH SELESAI

  1. Kajian retrospektif masa kelulusan projek penyelidikan sarjana perubatan (PMP) yang diluluskan oleh Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan (JEPP) pada Tahun 2012.
    Projek ini dijalankan untuk menyiasat masa kelulusan terkumpul (CAT) dan masa kelulusan setiap fasa projek penyelidikan sarjana perubatan (PMP) yang telah diluluskan di National Medical Research Register (NMRR) pada tahun 2012.

  2. Tinjauan model penilaian risiko dan manfaat.
    Kajian ini dimulakan untuk mengkaji model penilaian yang boleh digunakan untuk menilai risiko dan faedah penyelidikan klinikal yang melibatkan subjek manusia.

  3. Kajian rintis rangka kerja baru untuk kelulusan penyelidikan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
    Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan rangka kerja baru untuk menyemak kertas cadangan penyelidikan yang berisiko rendah di peringkat hospital dengan tujuan memendekkan masa kelulusan penyelidikan di KKM.

B) PENYELIDIKAN YANG SEDANG BERJALAN

  1. Analisis retrospektif terhadap pematuhan Amalan Baik Klinikal (GCP) dalam penyediaan protokol dan borang persetujuan menyertai penyelidikan untuk projek penyelidikan Sarjana Perubatan (MMed) Di Kementerian Kesihatan (ID: NMRR-13-9-14686).
    Projek ini dimulakan untuk mengkaji pematuhan GCP dalam penyediaan protokol dan borang persetujuan untuk projek penyelidikan sarjana perubatan (PMP) yang diluluskan dalam National Medical Research Register (NMRR) pada tahun 2012.

  2. Kajian retrospektif masa kelulusan projek penyelidikan sarjana perubatan (PMP) yang diluluskan oleh Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan (JEPP) pada Tahun 2013.
    Projek ini dijalankan untuk menyiasat masa kelulusan terkumpul (CAT) dan masa kelulusan setiap fasa projek penyelidikan sarjana perubatan (PMP) yang telah diluluskan di National Medical Research Register (NMRR) pada tahun 2013.