Home » Mengenai Kami (Q2)

Mengenai Kami (Q2)

Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Queen Elizabeth II (CRC HQEII)juga dikenali sebagai CRC, Pusat Jantung Sabah, telah ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Rangkaian Pusat Penyelidikan Klinikal Kementerian Kesihatan (KKM) pada tahun 2011. Ia telah beroperasi sejak Disember 2011, diketuai oleh Dr Liew Houng Bang dengan tujuan untuk mempromosi, menyokong dan menjalankan kualiti dan etika penyelidikan klinikal untuk meningkatkan kesihatan pesakit di HQEII. CRC HQEII menjalankan penyelidikan klinikal, dan menyediakan perkhidmatan penyelidikan berkaitan pentadbiran dan kursus-kursus latihan termasuk kaedah penyelidikan, biostatistik perubatan dan kursus Good Clinical Practice (GCP).

Fungsi/Peranan CRC HQE2 :

  1. Menjadi pusat rujukan maklumat penyelidikan di Hospital Queen Elizabeth II
  2. Untuk menggalakkan dan menyokong Pendaftaran Klinikal / Pangkalan Data di Malaysia
  3. Menyediakan perkhidmatan perundingan penyelidikan seperti cadangan penyelidikan dan statistik perubatan
  4. Menjadi sekretariat NMRR tempatan dan memastikan pendaftaran penyelidikan klinikal di National Medical Research Register (NMRR)
  5. Menyediakan perkhidmatan internet dan fax antarabangsa untuk digunakan dalam Percubaan Klinikal dan Pendaftaran / Dangkalan Data
  6. Menerima dan menguruskan pelawat dari Syarikat Farmasi, penaja penyelidikan dan Contract Research Organisation (CRO)
  7. Menyediakan perkhidmatan pengurusan projek penyelidikan
  8. Menyediakan kakitangan sebagai Penyelaras Penyelidikan Klinikal dalam Percubaan Klinikal
  9. Membantu memulakan Percubaan Penyelidikan Klinikal

Misi 
Untuk melengkapkan kakitangan perubatan di HQE II dengan kemahiran dalam menjalankan penyelidikan klinikal beretika dan berkualiti

Visi

Untuk menggalakkan, menyokong dan menjalankan penyelidikan klinikal berkualiti dan beretika serta latihan dalam penyelidikan di HQE II.

Objektif

  1. Untuk menggalakkan budaya penyelidikan di kalangan pekerja perawat kesihatan di Sabah
  2. Untuk mengembangkan kemahiran dalam metodologi, statistik, dan teknik-teknik dalam merekabentuk dan menjalankan ujian klinikal
  3. Untuk melengkapkan pekerja perawat kesihatan dengan prinsip metodologi dan biostatistik dalam penyelidikan klinikal

Ahli-ahli Jawatankuasa
Timbalan Ketua Unit :
Liau Siow Yen

Pegawai Perubatan:
Dr Narwani Hussin

Pengurus:
Linda Wong

Study Coordinator:
Bill Tony Kunis

Pegawai Penyelidik:
Hafizah Jumat

Jururawat Penyelidikan:
Ruzili Patricia Totu

Jururawat Penyelidikan:
Kui Lee Li

Pembantu Tadbir:
Rozainah Ibrahim

Carta Organisasi