Home » Mengenai Kami (CRC Perlis)

Mengenai Kami (CRC Perlis)

Pusat Penyelidikan Klinikal Perlis telah ditubuhkan pada 7 Mei 2007 dengan tujuan untuk menggalakkan penyelidikan di peringkat hospital dan juga di peringkat rangkaian CRC. Aktiviti ini adalah selaras dengan objektif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menjalankan projek-projek penyelidikan yang berkualiti. CRC Perlis akan memberikan sokongan kepada semua penyelidikan klinikal dan projek percubaan klinikal. Fungsi utamanya adalah untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk membolehkan projek penyelidikan klinikal yang berkualiti dan beretika dijalankan bagi penambahbaikan patient outcome di Hospital Tuanku Fauziah khususnya, dan umumnya kepada rakyat Perlis.

Misi & Visi
Untuk meningkatkan patient outcome melalui penyelidikan klinikal beretika dan berkualiti.
Untuk menjadi sebuah institusi penyelidikan yang terkemuka di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia.
Objektif
1. Perkhidmatan Penyelidikan / Perundingan
  • Mengenal pasti / membangunkan idea-idea penyelidikan
  • Pembangunan cadangan penyelidikan
  • Kemasukan data
  • Analisis data
  • Bantuan dengan perisian statistik
  • Penulisan laporan / Kelulusan Penerbitan
  • Pendaftaran Penyelidikan di National Medical Research Register (NMRR)
  • Rujukan/ carian kajian lepas (LR)
2. National Medical Research Register (NMRR)
  • Memastikan penyelidikan tempatan didaftarkan pada NMRR
  • Memastikan penyelidik tempatan mendapat GCP dan berdaftar dengan NMRR
  • Memastikan penerbitan mendapatkan kelulusan
3. Penyelidikan Klinikal dan Percubaan Klinikal
  • Mempromosi dan menyokong penyelidikan tajaan industri dan investigator-initiated trials/research
  • Menyediakan sokongan pentadbiran dan kemudahan fasiliti penyelidikan
  • Mengendalikan feasibility assessments
4. Bengkel, Latihan & Kursus Penyelidikan
  • Mengenalpasti keperluan penyelidik berpotensi dan penyelidik semasa serta menganjurkan program-program yang berkaitan untuk mewujudkan kumpulan penyelidik yang serba lengkap
5. Registri Nasional
  • Menyediakan sokongan untuk registri nasional
  • Infrastruktur ICT untuk membolehkan akses yang lebih baik ke dalam aplikasi web registri
  • Perkhidmatan kemasukan data
CARTA ORGANISASI