Home » Mengenai Kami (CRC Penang)

Mengenai Kami (CRC Penang)

CRC Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun 2001 dan telah mula beroperasi sejak tahun 2003 dengan tujuan untuk mempromosi, menyokong dan menjalankan penyelidikan klinikal. Penubuhan CRC di Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada rangkaian CRC, menyahut saranan Menteri Kesihatan pada penyelidikan klinikal sebagai satu cara untuk menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan kesihatan .

Dalam usaha untuk membina kumpulan pakar dalam penyelidikan klinikal, CRC Pulau Pinang juga menyediakan panduan dan sumber dalam penyediaan protokol kajian, dokumentasi, latihan, persembahan, penerbitan, dan penyelidikan klinikal beretika. Dengan kerjasama CRC di Hospital Kuala Lumpur, CRC di Pulau Pinang menjalankan penyelidikan dan menyediakan penyelidikan berkaitan perkhidmatan, CME (pendidikan perubatan berterusan) dan kursus latihan termasuk kaedah penyelidikan, biostatik dan bengkel Amalan Baik Klinikal (GCP).