Home » Mengenai Kami (CRC NS)

Mengenai Kami (CRC NS)

Pusat Penyelidikan Klinikal Hospital Tuanku Jaafar Seremban (CRC HTJ) telah ditubuhkan pada September 2006. Ia sebahagian daripada Jabatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan merupakan Rangkaian Pusat Penyelidikan Klinikal yang ditubuhkan di bawah Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH). Rangkaian CRC telah ditubuhkan selaras dengan wawasan Kementerian Kesihatan untuk menjadikan penyelidikan sebagai salah satu aktiviti utama yang penting di Kementerian Kesihatan.

CRC HTJS berfungsi sebagai pusat penyelarasan tempatan untuk aktiviti penyelidikan, pendaftaran klinikal dan latihan yang berkaitan dengan penyelidikan.

VISI:

CRC HTJS berfungsi sebagai pusat penyelarasan tempatan untuk aktiviti penyelidikan, pendaftaran klinikal dan latihan yang berkaitan dengan penyelidikan.

MISI:

Kami komited kepada:

  1. Pengawasan semua aktiviti penyelidikan dan latihan di Hospital Tuanku Ja’afar dan Negeri Sembilan
  2. Menyelaras pendaftaran aktiviti penyelidikan di hospital secara atas talian bagi Pendaftaran Penyelidikan Perubatan Kebangsaan (NMRR)
  3. Memberi sokongan kepada kakitangan yang mahu menjalankan penyelidikan klinikal
  4. Menjalankan penyelidikan klinikal secara etika dan kualiti bertujuan untuk meningkatkan kesihatan pesakit
  5. Mengendalikan latihan berterusan untuk kakitangan yang berminat dalam penyelidikan

OBJEKTIF:

  1. Mengelola semua aktiviti Penyelidikan dan Latihan di Hospital Tuanku Ja’afar dan Negeri Sembilan
  2. Mengkaji cadangan penyelidikan yang akan dijalankan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), sama ada oleh kakitangan hospital sendiri atau penyiasat dari institusi lain atau memberi nasihat untuk penyelidikan yang memerlukan Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan KKM (MREC), semakan dan kelulusan
  3. Menyelaras ujian klinikal dan memastikan penyiasat mempunyai kelulusan etika perlu dan pematuhan kepada Amalan Baik Klinikal (GCP) dan piawaian yang berkaitan yang dikehendaki oleh Suruhanjaya Bersama Antarabangsa
  4. Untuk membantu kakitangan hospital dalam menjalankan penyelidikan
  5. Untuk bekerjasama dengan CRC KKM dan Rangkaian CRC, KKM
  6. Untuk menjalankan latihan berhubung dengan penyelidikan