Home » Mengenai Kami (CRC JB)

Mengenai Kami (CRC JB)

Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) merupakan salah satu daripada tujuh institusi penyelidikan di bawah Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pusat Penyelidikan Klinikal Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HCRC HSAJB) ditubuhkan di Johor sebagai sebahagian daripada Rangkaian CRC. HCRC HSAJB bertanggungjawab bagi meningkatkan hasil penyelidikan dari segi kualiti dan etika di Negeri Johor.

HCRC HSAJB menyokong dan membina keupayaan penyelidikan dalam Negeri Johor. Kami menganjurkan pelbagai bengkel dan memberi panduan nasihat kepada para penyelidik tentang rekabentuk kajian, penulisan proposal, penyediaan manuskrip dan konsultasi statistic.

Visi
Menjadi sebuah institusi penyelidikan klinikal yang terkemuka di Asia

Misi
Meningkatkan kesihatan pesakit melalui penyelidikan klinikal yang etika dan kualiti