Home » Mengenai Kami (CRC Ampang)

Mengenai Kami (CRC Ampang)

Idea penubuhan CRC Ampang bermula pada tahun 2007 apabila Dr Ong Tee Chuan dilantik sebagai ketua pada tahun 2008. Pada 2010 beliau telah diganti oleh Dr Sia Koon Ket. Walaupun masih di peringkat awal, CRC Ampang telah berkembang menjadi sebuah pusat yang cekap serta bertanggungjawab menjalankan penyelidikan berkualiti dan beretika dalam usaha untuk meningkatkan ‘patient outcome’ atau kesihatan pesakit secara menyeluruh.

CRC Hospital Ampang terletak di Pejabat Pakar, Aras 3, bersebelahan kaunter resepsi. Ia mempunyai 5 komputer dan sistem rangkaian tempatannya telah dinaik taraf untuk mempermudahkan aktiviti-aktiviti penyelidikan melalui pendaftaran NMRR.