Rangkaian Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) merupakan satu daripada enam institut penyelidikan di bawah Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang ditubuhkan pada tahun 2000. Sehingga kini, rangkaian CRC yang beribu pejabat di Hospital Kuala Lumpur, telah berkembang kepada 33 cawangan yang terletak di hospital-hospital utama di Malaysia
VISI DAN MISI CRC
Untuk menjadi organisasi penyelidikan klinikal terunggul di Asia
· Untuk meningkatkan kesihatan pesakit melalui penyelidikan klinikal etika dan kualiti
· Untuk menarik minat syarikat farmaseutikal dan bioteknologi serta organisasi penyelidikan kontrak untuk menjalankan penyelidikan klinikal di Malaysia
PERANAN CRC
· Mempromosi, menyokong dan menjalankan “Investigator Initiated Research (IIR)” oleh pengamal perubatan/doktor, di KKM.
· Mengkoordinasi dan memudahkan pelaksanaan “Industry Sponsored research (ISR)”
· Membangunkan sumber-sumber data klinikal