Home » Latihan dan Kursus Pembangunan Profesional

Latihan dan Kursus Pembangunan Profesional

CRC sentiasa bekerjasama dengan institusi-institusi akademik dan penyelidikan yang terkemuka serta beberapa syarikat farmaseutikal terbesar di seluruh dunia. Sebagai cabang kepada aktiviti penyelidikan, CRC kerap mengadakan latihan terutamanya kepada para penyelidik yang terlibat dan/atau berminat dalam penyelidikan klinikal.
Kebiasaannya kursus-kursus professional yang dianjurkan oleh CRC dijalankan secara kolaborasi dengan badan-badan professional, institusi-institusi penyelidikan atau akademik, dan industri.

Kursus-kursus yang ditawarkan termasuk:

  1. Good Clinical Practice
  2. Research Ethics
  3. Clinical Trial Methods
  4. Research Methodology & Biostatistics
  5. Biostatistics Introductory Workshop