Home » Investigator Initiated Clinical Trials

Investigator Initiated Clinical Trials

Unit Percubaan Klinikal (CTU), Pusat Penyelidikan Klinikal adalah khusus bagi menyediakan perkhidmatan untuk Investigator Initiated Clinical Trials . Kami ingin meningkatkan sumbangan Malaysia kepada perubatan evidence-based terutamanya di dalam bidang yang berkaitan dengan kesihatan penduduk. Malangnya sehingga kini sumbangan terhadap penerbitan percubaan klinikal dari Malaysia adalah amat berkurangan. CRC yakin dengan sokongan yang bertepatan, para penyelidik di Malaysia mampu menyahut cabaran ini.

Para penyelidik memerlukan peruntukan kewangan, kemahiran dan bantuan. Percubaan klinikal melibatkan pesakit sebagai subjek kajian. Para penyelidik juga perlu mematuhi peraturan-peraturan kerajaan yang berkaitan dan garis panduan etika antarabangs.

The Investigator Initiated Trial (IIT) Programme was therefore developed to provide financial support and technical assistance to local investigators embarking on their own clinical trials Program Investigator Initiated Trial (IIT ) telah dibangunkan untuk memberi bantuan kewangan dan sokongan teknikal kepada penyelidik tempatan bagi memulakan percubaan klinikal mereka sendiri.

CTU mempunyai satu pasukan kerja yang berpengalaman dan bermotivasi dalam multi-disiplin yang mampu menyediakan pelbagai perkhidmatan metodologi, bantuan teknikal dan pengurusan projek untuk menyokong kejayaan menyiapkan projek.

CTU menawarkan perkhidmatan dalam bantuan praktikal pematuhan kepada peraturan-peraturan berkenaan percubaan klinikal, insurans dan professional indemnity, reka bentuk dan pembangunan protokol, permulaan kajian dan pemantauan farmakovigilan, dan lain-lain perkhidmatan seperti pengurusan data serta latihan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi CTU.

Fasa 1 Unit Percubaan Klinikal
Aras 7, Hospital Ampang
Jalan Mewah Utara
Pandan Mewah
68000 Ampang Selangor
Malaysia

Tel: 603-42896558
Faks: 603-42801409
Laman Web: www.crc.gov.my