Pengenalan
Pusat Penyelidikan Klinikal Hospital Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun 2001 dan telah mula beroperasi sejak tahun 2003 dengan tujuan untuk mempromosi, menyokong dan menjalankan penyelidikan klinikal. Penubuhan CRC di Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada rangkaian CRC, selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan iaitu penyelidikan klinikal sebagai salah satu cara untuk menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan dengan kesihatan.
Dalam usaha untuk membina kumpulan pakar dalam penyelidikan klinikal, CRC di Hospital Pulau Pinang juga menyediakan panduan dan sumber dalam penyediaan protokol kajian, dokumentasi, latihan, persembahan, penerbitan, dan penyelidikan klinikal beretika. Dengan kerjasama CRC di Hospital Kuala Lumpur, CRC di Pulau Pinang menjalankan penyelidikan dan menyediakan penyelidikan berkaitan perkhidmatan, CME (pendidikan perubatan berterusan) dan kursus latihan termasuk kaedah penyelidikan, biostatik dan bengkel Amalan Baik Klinikal (GCP).
Pusat Penyelidikan Klinikal akan menyediakan perkhidmatan kepada pegawai perubatan yang bekerja di Kementerian Kesihatan Hospital Pulau Pinang. Pusat akan menyokong pegawai perubatan dan lain -lain yang berminat dalam penyelidikan untuk merancang dan menjalankan penyelidikan klinikal mereka.
1
|
Siapa yang boleh meminta perkhidmatan ini? * Pegawai Perubatan * Pengurus Kesihatan * Paramedik * Sesiapa yang berminat dalam penyelidikan |
2
|
Apakah jenis perkhidmatan /bantuan boleh didapati ? * Perancangan dan penyelarasan Penyelidikan Klinikal * Cadangan / Proses pembangunan protokol – Mengkaji kajian yang lepas dan semasa yang berkaitan dengan penyelidikan – Mengkaji rekabentuk dan medotologi penyelidikan – Draf konsep protokol – Mengendalikan mesyuarat rekabentuk protokol – Menyediakan draf protokol, contoh maklumat pesakit dan borang makluman persetujuan – Mengendalikan mesyuarat semakan protokol – Menyemak dan memuktamadkan protokol * Analisa Statistik * Draf Borang Case Report Form (CRF) * Arkib |
Bengkel/Latihan/Aktiviti 2019
24-26 April | | | Good Clinical Practice (GCP) |
20-21 Jun | | | Basic Biostatistics For Clinical Research Workshop – Flyer & Registration |
18-19 July | | | Introduction to Clinical Research |
Ogos | | | EndNote |
September | | | Questionnaire Validation |
November | | | Research Methodology |
Foto Galeri
Click here…
Hubungi
Dr Yoon Chee Kin Ketua E-mel: : yooncheekin@gmail.com – Sister Zarina Bt Che Umar |
Alamat: CRC Hospital Pulau Pinang Jalan Residensi Georgetown 10450 Pulau Pinang Tel: 04-2225767 / 2225762 / 2225766 / 2225586 Fax: 04-2261579
|