Mengenai Kami
Pusat Penyelidikan Klinikal Perlis telah ditubuhkan pada 7 Mei 2007 dengan tujuan untuk menggalakkan penyelidikan di peringkat hospital dan juga di peringkat rangkaian CRC. Aktiviti ini adalah selaras dengan objektif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menjalankan projek-projek penyelidikan yang berkualiti. CRC Perlis akan memberikan sokongan kepada semua penyelidikan klinikal dan projek percubaan klinikal. Fungsi utamanya adalah untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk membolehkan projek penyelidikan klinikal yang berkualiti dan beretika dijalankan bagi penambahbaikan patient outcome di Hospital Tuanku Fauziah khususnya, dan umumnya kepada rakyat Perlis.
| Misi & Visi | |
| Untuk meningkatkan patient outcome melalui penyelidikan klinikal beretika dan berkualiti. Untuk menjadi sebuah institusi penyelidikan yang terkemuka di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia. |
|
| Objektif | |
| 1. | Perkhidmatan Penyelidikan / Perundingan |
|
|
| 2. | National Medical Research Register (NMRR) |
|
|
| 3. | Penyelidikan Klinikal dan Percubaan Klinikal |
|
|
| 4. | Bengkel, Latihan & Kursus Penyelidikan |
|
|
| 5. | Registri Nasional |
|
|
CARTA ORGANISASI | |





