Mengenai Kami
Secara rasminya, CRC Perak mula berfungsi pada bulan Mac 2001 apabila Jawatankuasa Penasihat Perubatan Hospital (MAC) telah melantik Dr Amar-Singh HSS untuk mengetuai CRC Ipoh, Perak. Dr Jackie Ho dan Dr Letchuman bersetuju untuk membantu dalam memastikan CRC beroperasi dan berfungsi. Sebanyak RM 40,000 waran diterima dari KKM untuk membantu pembangunan CRC, peralatan termasuk lapan buah komputer, pelayan, pengimbas dan pencetak laser telah dibeli untuk membolehkan rangkaian, akses internet dan latihan. Pada mulanya CRC Perak telah berpangkalan di tingkat 9, Bangunan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Pembangunan Pusat Jagaan Ambulatori (ACC) telah membenarkan CRC Perak dipindahkan ke bangunan baru. CRC Perak telah ditubuhkan dan mempunyai kemudahan sendiri di ACC sejak awal tahun 2006 dengan ruang pejabat yang lebih besar untuk menampung stesen kerja dan pejabat pentadbiran bagi sekretariat dan doktor serta tiga bilik mesyuarat dan kawasan rawatan pesakit. Kini, CRC Perak telah mempunyai 16 buah komputer dan memberi kemudahan seperti rangkaian, akses internet jalur lebar, pengimbas, pencetak laser dan video. Dalam usaha untuk menggalakkan ‘researcher’ membuat kajian serta untuk menyokong ‘sponsored trials’, Hub Percubaan Klinikal telah dimulakan pada bulan November 2010. Hab percubaan ini ditubuhkan dengan peti sejuk beku perubatan dan dilengkapi dengan penggera ‘Thermoguard’, mesin sentrifuse, katil pesakit perseorangan, pencetak dan meja komputer untuk menyokong ujian klinikal.
Visi & Misi
Visi CRC Perak adalah untuk mempromosi, menyokong dan menjalankan penyelidikan klinikal dan latihan dalam penyelidikan di negeri Perak.
Misi CRC Perak adalah untuk meningkatkan ‘patient's outcomes’ dengan memperlengkapkan pegawai perubatan dengan kemahiran untuk menjalankan penyelidikan klinikal yang berkualiti.
Objektif
| 1. | Untuk berkomunikasi dengan pegawai perubatan mengenai prinsip-prinsip asas kaedah saintifik yang digunakan untuk penyelidikan klinikal. |
| 2. | Untuk menyebarkan kemahiran dalam menggunakan metodologi yang diperlukan, peralatan statistik dan teknik-teknik dalam merekabentuk dan menjalankan penyelidikan klinikal. |
| 3. | Untuk menggalakkan budaya penyelidikan di kalangan pegwai perubatan. |
Pegawai Untuk Dihubungi
Ketua:
Dato' Dr Amar-Singh HSS, Pakar Perunding Kanan & Ketua, Jabatan Pediatrik
Ahli-ahli Jawatankuasa
| i. | Dr Letchuman Ramanathan, Pakar Perubatan, Jabatan Perubatan, Hospital Taiping |
| ii. | Dr Japaraj Robert Peter, O & G Perunding, Jabatan O & G, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh |
| iii. | Dato’ Dr Suarn Singh Jasmit Singh, Perunding Kanan Psikiatri & Pengarah, Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak |
| iv. | Dr Paranthaman Vengadasalam, Pakar Perubatan Keluarga, Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Perak |
Carta Organisasi CRC Perak





