|
Pusat Penyelidikan Klinikal Hospital Selayang (CRC HS) telah beroperasi sejak 26 September 2006 dan merupakan sebahagian daripada Rangkaian Pusat Penyelidikan Klinikal di bawah Kementerian Kesihatan (KKM). Fungsi utamanya adalah menyelaraskan penyelidikan yang dilakukan oleh pengamal-pengamal perubatan di Hospital Selayang (HS) yang merangkumi registri-registri klinikal, dan penganjuran latihan-latihan yang berkaitan dengan penyelidikan. Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan termasuk menyelaras pembentukan aplikasi web dan mengulas kertas kertas cadangan penyelidikan yang dikemukakan oleh doktor-doktor dari HS, pelajar-pelajar perubatan dan pelajar universiti daripada institusi lain.
Kini, Hospital Selayang terlibat dalam lima Registri K linikal yang termasuk National Liver Registry (NLR), National Renal Registry (NRR), National Neonatal Registry (NNR), National Eye Database (NED) dan National Trauma Registry (NTR). Di antara registri-registri ini, CRC HS merupakan penyelaras utama untuk NLR, NNR dan NED.
|