RANGKAIAN PUSAT PENYELIDIKAN KLINIKAL (CRC HOSPITAL)

Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) telah ditubuhkan pada tahun 2000 sebagai cabang penyelidikan klinikal bagi Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan klinikal, epidemiologi klinikal dan ekonomi serta menguruskan pangkalan data perubatan yang kompleks.

Di bawah naungan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), CRC menggalakkan, menyokong dan menjalankan penyelidikan berkualiti dan beretika untuk meningkatkan kualiti kesihatan pesakit. CRC juga menjalankan kursus-kursus professional dan membantu menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh para penyelidik dalam menjalakan penyelidikan mereka.

CRC pada awalnya ditubuhkan di Hospital Kuala Lumpur dan kemudiannya telah berkembang kepada 27 rangkaian CRC di seluruh Negara:

  1. Hospital Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2000)
  2. Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak (2001)
  3. Hospital Penang, Penang (2003)
  4. Hospital Sarawak General Hospital, Sarawak (2003)
  5. Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang (2004)
  6. Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah (2006)
  7. Hospital Selayang, Selangor (2006)
  8. Hospital Tuanku Ja'afar, Negeri Sembilan (2006)
  9. Hospital Melaka, Melaka (2006)
  10. Hospital Sultanah Aminah, Johor (2006)
  11. Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu (2006)
  12. Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan (2006)
  13. Hospital Queen Elizabeth, Sabah (2006)
  14. Hospital Tuanku Fauziah, Perlis (2007)
  15. Hospital Ampang, Kuala Lumpur (2007)
  16. Hospital Serdang, Selangor (2008)
  17. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Selangor (2008)
  18. Hospital Sungai Buloh, Selangor (2010)
  19. Hospital Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya (2010)
  20. Hospital Sibu, Sarawak (2010)
  21. Hospital Likas, Sabah (2011)
  22. Hospital Taiping, Perak (2011)
  23. Hospital Seberang Jaya, Penang (2011)
  24. Hospital Seri Manjung, Perak (2011)
  25. Hospital Sultan Ismail, Johor (2011)
  26. Hospital Queen Elizabeth II, Sabah (2011)
  27. Hospital Miri, Sarawak (2012)

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

Kemaskini Terakhir

22 Mei 2013

Bilangan Pelawat semenjak 2004:
web counter

Kami ada 108 tetamu online

Pusat Penyelidikan Klinikal
Tingkat 3 Dermatology Block Kuala Lumpur Hospital
Jalan Pahang 50586 Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon : 603-2692 4249 / 603-2691 1486 / 603-2698 0310
Fax : 603-2691 1682
Email : contact@crc.gov.my