Research Consultation Clinic (RCC)

“Research Consultation Clinic (RCC)” adalah sesi perundingan percuma yang dikendalikan oleh epidemiologist, perangkawan dan pegawai penyelidik yang berpengalaman dari Pusat Penyelidikan Klinikal untuk membantu para penyelidik di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menjalankan kajian klinikal.

Antara khidmat rundingan yang dikendalikan dalam RCC adalah seperti berikut:

  1. Permohonan geran penyelidikan
  2. Menyediakan kertas cadangan
  3. Merangka protokol penyelidikan
  4. Pengiraan sampel kajian
  5. Merangka penyelidikan
  6. Pelan analisa statistik
  7. Pengurusan data
  8. Analisis
  9. Persembahan dan pentafsiran output
  10. Penulisan Statistik
Perkhidmatan RCC disediakan di beberapa tempat seperti :
  1. Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Kuala Lumpur. Unit Epidemiologi Klinikal, Tingkat 1, Bangunan MMA, 124 Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur
  2. Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Selayang (untuk kakitangan hospital sahaja)
  3. Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang (untuk kakitangan hospital sahaja)
  4. Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban (untuk kakitangan hospital sahaja)

Untuk memohon perkhidmatan ini di CRC HKL, sila hubungi Unit Biostatistik di talian 03-40443060/3070 atau emailkan ke alamat Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya atau Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya .Untuk permohonan RCC di CRC Hospital, sila berhubung dengan pegawai di CRC Hospital.

Permohonan perkhidmatan ini akan melalui beberapa proses:
Sekiranya permohonan dibuat melalui telefon, pegawai kami akan merekod butiran peribadi pelanggan dan memaklumkan tarikh dan masa temujanji.
Sekiranya permohonan dibuat melalui email, maklumat seperti nama penuh, jawatan, organisasi, tajuk penyelidikan dan jenis rundingan diperlukan, dan pihak kami akan memaklumkan tarikh dan masa temujanji kepada pelanggan dalam masa satu minggu.

Pelanggan perlu menyediakan beberapa dokumen sebelum menghadiri sesi perundingan:

  1. Kertas cadangan yang mengandungi pengenalan, objektif dan kaedah kajian
  2. Masalah atau isu yang berkaitan dengan kajian yang memerlukan rundingan
  3. Rujukan yang berkaitan
  4. Manuskrip, jika berkaitan

Selain itu, kami menggalakkan pelanggan untuk membawa laptop sendiri supaya pihak kami dapat memberikan sesi “hands-on” pada waktu tersebut.

Kemaskini Terakhir

21 Mei 2013

Bilangan Pelawat semenjak 2004:
web counter

Kami ada 148 tetamu online

Pusat Penyelidikan Klinikal
Tingkat 3 Dermatology Block Kuala Lumpur Hospital
Jalan Pahang 50586 Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon : 603-2692 4249 / 603-2691 1486 / 603-2698 0310
Fax : 603-2691 1682
Email : contact@crc.gov.my